Antarabangsa

Graduan Menumpang Ibu Bapa, The American Dream Ke Laut – Robert Bridge

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 23 Oktober 2023 – Seorang penulis dan wartawan Amerika Syarikat (AS) yang terkenal, Robert Bridge telah menyuarakan pendapat beliau berkenaan keadaan kehidupan warga AS kini yang semakin sukar.

Menyentuh tentang orang muda, menurutnya kini sekitar 23 juta lelaki dan wanita yang berusia di antara 18 hingga 20 tahun masih menumpang teduh di kediaman orang tua mereka dan perkara ini tidak pernah berlaku melainkan setelah kejadian ‘Great Depression’ hampir satu abad lalu.

Bridge yang terkenal dengan tulisannya yang berjudul ‘Midnight in the American Empire’, How Corporations and Their Political Servants Are Destroying the American Dream itu turut mengulas tentang lonjakan drastik harga kediaman di AS yang menyebabkan orang muda kini sudah tidak berminat untuk membuat pinjaman bank, di mana pada tahun lalu kadar permohonan pinjaman telah menurun sehingga 44 peratus.

Ujarnya lagi, menyewa rumah kediaman juga bukanlah pilihan yang baik buat masa ini berikutan kadar sewa yang meningkat tinggi disebabkan “institutional investors” yang beliau sifatkan sebagai “gergasi baharu yang berkuasa”.

Ujarnya sewaktu krisis kewangan 2008, firma-firma kewangan seperti BlackRock, JPMorgan Chase, Goldman Sachs serta Capitol One telah bertindak membeli ratusan ribu unit perumahan taraf sederhana dan kemudiannya menyewakannya kembali kepada orang awam dengan harga yang tinggi.

Perbuatan ini, menurut Bridge telah menyebabkan warga AS menjadi “bangsa penyewa” yang berdepan dengan kesan inflasi harga kediaman di seluruh negara.

Beliau kemudianya menyuarakan pendapatnya bahawa perkara yang berlaku ini adalah mencurigakan, di mana ianya selari dengan moto tidak rasmi World Economic Forum iaitu ‘You will own nothing and be happy’, yang tertera di laman web forum tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: