Majlis Keselamatan PBB Gagal Sepakat
AMERIKA SYARIKAT, 26 OKTOBER 2023 – Majlis Keselamatan PBB pada hari Rabu sekali lagi gagal mencapai kata putus dalam mengambil tindakan terhadap perang Israel-Hamas setelah dua draf resolusi yang diketuai oleh AS dan Rusia tidak mendapat sokongan yang mencukupi.
Amerika Syarikat (AS) telah menggesa agar dihentikan sementara konflik peperangan antara Israel dan Hamas untuk membenarkan bantuan memasuki Gaza, manakala Rusia pula menggesa dan mahu gencatan senjata kemanusiaan dilaksanakan segera.
Sepuluh negara telah menyokong resolusi yang dibawa oleh AS, manakala Rusia dan China memveto draf resolusi tersebut. Emiriah Arab Bersatu, yang hubungannya dengan Israel meningkat dengan ketara sejak normalisasi pada 2020, juga mengundi pembangkang, dengan dua negara lain, Brazil dan Mozambique, berkecuali.
Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Linda Thomas-Greenfield berkata, Amerika Syarikat amat kecewa kerana Rusia dan China memveto resolusi ini.
Hanya Rusia, China, Emiriah Arab Bersatu dan Gabon mengundi untuk draf resolusi yang dibawa oleh Moscow dengan Amerika Syarikat dan Britain mengundi tidak. Manakala sembilan negara lain termasuk sekutu AS iaitu Perancis dan Jepun berpendirian berkecuali.
Pada sesi peringkat tinggi pada hari Selasa, Majlis Keselamatan PBB mendengar puluhan kenyataan yang memohon majlis ini untuk memberikan nilai yang sama kepada kehidupan Palestin seperti yang dilakukan kepada kehidupan Israel.
Disebabkan sesi Majlis Keselamatan PBB yang menemui jalan buntu dan kata sepakat pada kali ini, Perhimpunan Agung PBB yang lebih luas dijadualkan akan membahaskan mengenai perang pada Khamis dan Jumaat ini.