Antarabangsa

Lebih 50% Lelaki 30-an Amerika Ada Rekod Jenayah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Amerika Syarikat, 13 Mac 2022 – Lebih separuh lelaki berumur lingkungan 30-an yang menganggur di Amerika mempunyai sejarah ditangkap atau disabitkan jenayah. Ini telah mewujudkan satu stigma dalam kalangan masyarakat yang menyukarkan mereka untuk mengambil bahagian dalam tenaga buruh negara.

Dianggarkan satu daripada tiga orang dewasa di Amerika pernah ditangkap sekali susulan daripada penguatkuasaan undang-undang yang agresif di negara itu sejak beberapa dekad lalu.

Golongan lelaki juga berkemungkinan mempunyai lebih rekod jenayah daripada wanita yang menjadikan mereka lebih sukar untuk mendapatkan pekerjaan.

Bukan itu sahaja, terdapat juga keadilan jenayah yang berat sebelah terhadap orang berkulit hitam, ditambah pula dengan isu perkauman dan diskriminasi yang berterusan menjadikan mereka sukar untuk mendapatkan pekerjaan.

Menurut kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Science Advances, golongan lelaki berusia 30 hingga 38 tahun yang menganggur pada 2017 mempunyai tahap penglibatan yang besar dalam sistem keadilan jenayah.

Kajian itu juga menyatakan bahawa penangkapan lelaki berkulit hitam sama ada bekerja atau menganggur adalah 33 peratus lebih tinggi daripada lelaki kulit putih pada setiap umur 18 hingga 35 tahun.

Berikutan itu, penyelidik mencadangkan agar lebih banyak inisiatif dijalankan bagi membantu mereka yang pernah mempunyai rekod jenayah.

Profesor Shawn Bushway di Universiti New York menyatakan bahawa program kerajaan akan memberi lebih tumpuan dalam menyediakan kemahiran baru untuk penganggur agar memudahkan mereka untuk diterima sebagai tenaga kerja.

Justeru, penyelidik berharap agar majikan menggunakan pendekatan yang lebih bernuansa dengan mempertimbangkan semula permohonan kerja daripada mereka yang mempunyai rekod jenayah.

Hal ini kerana, risiko untuk mereka melakukan jenayah buat kali kedua turun mendadak sekiranya mereka menghabiskan masa lebih banyak dengan komuniti.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: