Jenama Aiskrim Terkemuka Saman Unilever Kerana Pasarkan Produk Di Israel
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
NEW YORK, 07 Julai 2022 – Jenama aiskrim terkemuka, Ben & Jerry telah menyaman syarikat induknya, Unilever selepas syarikat itu cuba menjual bisnes aiskrim itu kepada pelesen tempatan di penempatan haram Tebing Barat yang diduduki.
Menurut Ben & Jerry, penjualan itu tidak konsisten dengan nilai yang dipegangnya.
Julai tahun lalu, jenama aiskrim itu mengumumkan bahawa mereka tidak lagi akan menjual produk-produk mereka di tanah Palestin yang dijajah kerana “tidak konsisten dengan nilai-nilai kami”.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web syarikat itu, pembuat ais krim yang berpangkalan di Vermont itu berkata, ia mengiktiraf “kebimbangan yang dikongsi dengan kami oleh peminat dan rakan kongsi yang dipercayai kami”.
Dalam aduan yang difailkan, Ben & Jerry berkata, “Injunksi terhadap pemindahan perniagaan dan tanda dagangan yang berkaitan kepada Avi Zinger, yang menjalankan American Quality Products Ltd, adalah penting untuk “melindungi jenama dan integriti sosial yang Ben & Jerry’s yang telah dibina selama berdekad-dekad.”
Terdahulu, seorang ahli parlimen Israel, Matan Kahana dikecam selepas berkata bahawa jika dia boleh menekan butang untuk membuat semua rakyat Palestin lenyap, dia akan melakukannya.
“Jika ada butang yang boleh ditekan untuk mengeluarkan semua orang Arab dari sini, menghantar mereka menaiki kereta api ekspres ke Switzerland, saya akan menekan butang itu.”
Dakwanya lagi, orang Arab bercerita perkara yang karut dengan mengatakan bahawa orang Israel adalah pendatang dan mereka adalah penduduk asal.
Dia juga mendakwa bahawa dia tidak percaya perdamaian dengan rakyat Palestin dapat dicapai dalam masa terdekat.