Antarabangsa

Amerika Syarikat Mahu Label Rusia Sebagai Negara Penaja Terorisme

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 15 September 2022 – Para senator Amerika Syarikat (AS) daripada kedua-dua parti Republikan dan Demokrat telah mencadangkan sebuah undang-undang baharu bagi menunjukkan bahawa Rusia adalah negara penaja terrorisme.

Dalam masa yang sama, undang-undang yang dicadangkan tersebut turut dapat mengenakan lebih banyak sekatan ekonomi terhadap Rusia.

Bil cadangan undang-undang tersebut adalah daripada permintaan para pegawai Ukraine, sebagaimana yang telah dimaklumkan kepada penggubal undang-undang AS.

Bil yang dinamakan ‘Akta Rusia Adalah Negara Penaja Terorisme’ tersebut telah diumumkan pada Rabu lalu oleh dua orang senator iaitu Lindsey Graham dari parti Republikan dan Richard Blumenthal dari parti Demokrat.

Pada bil tersebut, terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa Moscow adalah negara yang “sangat kejam”, “penjenayah perang” serta bertanggungjawab terhadap “pembunuhan beramai-ramai” di Ukraine.

“Putin telah melampaui batas-batas norma ketamadunan ketika perang di Ukraine dan tahun-tahun sebelumnya,” kata Graham sambil melabelkan presiden Rusia itu sebagai “teroris”.

Moscow sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa usaha bagi menuduh Rusia sebagai penyokong terorisme adalah satu perbuatan yang akan lebih memburukkan lagi hubungan di antara dua negara tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: