Tempatan

Malaysia Perlukan 80 Ribu Pekerja Asing, Usaha Kebun Getah Seluruh Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 05 Januari 2024 – Malaysia memerlukan kira-kira 80,000 pekerja asing bagi menggerakkan kerja di 420 ribu hektar kebun getah terbiar di seluruh negara, ujar Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Menurut beliau, sektor komoditi negara kini sedang berdepan kesukaran mendapatkan pekerja asing sehingga mereka perlu mencadangkan agar syarikat dan ejen pekerjaan yang gagal menempatkan pekerja asing bekerja dikenakan tindakan tegas.

Ujarnya, tindakan tersebut termasuk kompaun yang mampu mencecah RM30,000 bagi setiap pekerja.

“Kita dapat banyak laporan mengatakan ramai pekerja asing datang ke negara kita tetapi tidak ada kerja. Baru-baru ini di Pengerang, Johor ada 2,500 pekerja asing ditipu ejen pekerjaan.”

“Justeru, saya nak cadangkan mana-mana syarikat yang bawa pekerja asing datang ke negara kita dan dalam sebulan masih tak ada kerja, syarikat itu patutnya dikompaun sehingga RM30,000 bagi setiap pekerja.”

“Barulah mereka tak berani nak bawa pekerja. Isu ini penting buat Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bagi mengisi kekosongan pekerja asing di sektor komoditi negara,” jelas Johari.

Tambahnya lagi, jika isu ini tidak ditangani segera, ia boleh memberi imej tidak baik kepada negara sedangkan industri amat memerlukan pekerja asing untuk beroperasi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: