Antarabangsa

Ahli Parlimen Israel Ingin Rakyat Palestin Lenyap

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEL AVIV, 16 Jun 2022 – Seorang ahli parlimen Israel dikecam selepas berkata bahawa jika dia boleh menekan butang untuk membuat semua rakyat Palestin lenyap, dia akan melakukannya.

“Jika ada butang yang boleh ditekan untuk mengeluarkan semua orang Arab dari sini, menghantar mereka menaiki kereta api ekspres ke Switzerland, saya akan menekan butang itu,” kata penggubal undang-undang, Matan Kahana dalam video yang disiarkan oleh penyiar tempatan Israel pada Selasa lalu.

Matan Kahana adalah sebahagian daripada parti Yamina yang berhaluan kanan Perdana Menteri Israel Naftali Bennett, dan juga merupakan menteri hal ehwal agama.

Dia dalam ucapan yang dibuat kepada pelajar sekolah menengah berkata, orang Arab bercerita perkara yang karut dengan mengatakan bahawa orang Israel adalah pendatang dan mereka adalah penduduk asal.

Dia juga mendakwa bahawa dia tidak percaya perdamaian dengan rakyat Palestin dapat dicapai dalam masa terdekat.

Berikutan mendapat kecaman yang bertalu, Matan Kahana dengan pantas mengeluarkan kenyataan baru untuk melawan kecaman.

“Dalam perbualan dengan pelajar, saya merujuk bahawa penduduk Yahudi dan Arab tidak akan ke mana-mana, dan sebab itulah kita mencari jalan untuk hidup bersama,” katanya di Twitter.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: