Antarabangsa

Kapitalis Naikkan Harga, Salahkan Perang Ukraine, Rakyat Derita

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW DELHI, 16 Jun 2022- Jayati Ghosh, seorang pakar ekonomi, baru-baru ini mendedahkan bahawa kenaikan harga barang merupakan kesan yang biasa hasil peperangan Rusia-Ukraine. Namun, apa yang luar biasa adalah kadar kenaikan harga barangan yang begitu tinggi dan tidak munasabah.

“Perang Ukraine memberi kesan terhadap pengeluaran dan perdagangan, tetapi tidak cukup untuk menjadi sandaran kenaikan harga. Sebaliknya, kita perlu lihat kepada ketamakan syarikat gergasi gandum dan spekulasi pasaran gandum,” ujarnya dalam sebuah ciapan.

Beliau yang merupakan pensyarah ekonomi di Jawaharlal Nehru University, New Delhi, merujuk kepada sebuah penerbitan yang dikeluarkan oleh International Development Economic Associates (IDEAS).

Penulisan tersebut mendedahkan bagaimana krisis Perang Ukraine bukanlah satu-satunya sebab harga barangan melonjak tinggi.

Terdahulu, Samudera.my pernah mendedahkan bagaimana bekalan ayam didakwa sedang dikawal oleh ‘jari-jemari’ kartel ayam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: