Antarabangsa

Israel Sedia Perangi Umat Islam Palestin Lagi Sempena Ramadan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 01 April 2022 – Israel sedang memperkukuhkan bilangan tentera yang ditugaskan di pagar bagi mengepung sempadan Gaza selain di kawasan jajahan di Tebing Barat sebelum menjelangnya bulan Ramadan, menurut laporan Anadolu.

Media Israel melaporkan, pihak tentera penjajah Israel bertindak sedemikian sebagai persediaan akan kemungkinan peningkatan ketegangan seiring dengan kedatangan bulan Ramadan.

Pihak tentera Israel juga telah memperkukuhkan bilangan pasukannya di sepanjang Garis Hijau atau sempadan 1967, batasan yang telah ditetapkan dalam Perjanjian Genjatan Senjata pada tahun 1949 antara Israel dan pihak tentera Arab.

Pihak Israel menggunakan alasan peristiwa serangan berdarah yang kononnya telah mengakibatkan kematian 11 orang rakyat Israel dalam tempoh seminggu ini untuk memulakan gerakan berbentuk ketenteraan terhadap umat Islam Palestin.

Ekoran peristiwa itu, Perdana Menteri Israel Naftali Bennet  mengumumkan, “Israel sedang menghadapi suatu gelombang keganasan membunuh dari orang Arab… Kami akan memerangi keganasan secara berterusan, dengan gigih dan melalui kuku besi… Kita akan menang.”

Beliau juga menyeru rakyat Israel yang mempunyai lesen senjata api untuk membawa senjata mereka ke mana-mana untuk berhadapan dengan ancaman “gelombang keganasan membunuh dari orang Arab ini”.

“Apa yang diharapkan dari kamu, rakyat Israel? Berjaga-jaga dan sifat bertanggungjawab. Sesiapa yang ada lesen senjata, inilah waktunya untuk membawa senjata.”

Dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini, peneroka haram Yahudi bersenjata di kawasan jajahan Tebing Barat telah mengadakan beberapa perhimpunan di jalan-jalan besar dan menyerang kenderaan-kenderaan umat Islam berhampiran Salfit, Nablus dan al-Lydd.

Selain itu juga, kumpulan bersenjata Yahudi juga bertindak secara aktif menyerang umat Islam Palestin sehingga ramai terpaksa dikejarkan di hospital di kawasan selatan Naqab dan di pusat bandar al-Lydd.

Semalam, pasukan tentera Israel telah menceroboh kem Palestin di Tebing Barat dan mengakibatkan kematian dua orang Islam selepas ditembak di bahagian kepala.

Pihak berkuasa Israel juga sedang melatih rakyatnya untuk bersedia menghadapi serangan roket daripada umat Islam Palestin. Pada hari Selasa yang lalu, penduduk Baitulmuqaddis telah pun menjalani latihan tersebut.

Loceng siren dibunyikan di beberapa bahagian di kawasan bandar tersebut pada waktu pagi, dan para penduduk diarahkan untuk bergegas ke tempat-tempat perlindungan yang disediakan.

Para penduduk itu juga perlu memastikan tempat-tempat perlindungan tersebut itu lengkap dengan keperluan asas secukupnya bagi menghadapi sepanjang masa konflik peperangan sekiranya ia meletus.

Pada Ramadan tahun 2021, pihak Israel telah melancarkan perang ke atas umat Islam Palestin sehingga mengakibatkan kematian 13 orang di pihak Israel dan 260 orang di pihak Palestin – 66 daripadanya terdiri daripada kanak-kanak yang tidak berdosa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: