Tempatan

Malaysia Terus Bersolidariti Bersama Rakyat Palestin – Wisma Putra

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 05 Januari 2023 – Malaysia terus berdiri menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin sekali gus menekankan status Al-Quds Al-Sharif sebagai tapak suci umat Islam.

Demikian intipati kenyataan yang dikeluarkan oleh Wisma Putra susulan pencerobohan Menteri Keselamatan rejim haram aparteid Israel ke kawasan Masjidil Aqsa baru-baru ini.

BACA JUGA: Negara Arab Mengutuk Pencerobohan Menteri Kanan Netanyahu ke Masjidil Aqsa

BACA JUGA: Menteri Kanan Netanyahu Ceroboh Masjid Al-Aqsa

BACA JUGA: Hampir 50,000 Pelampau Yahudi Ceroboh Masjidil Aqsa Tahun 2022

Sehubungan itu, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan berkenaan yang mendapat perlindungan tentera rejim haram Israel dan merupakan provokasi serta pencerobohan jelas terhadap status quo politik Baitulmuqaddis dan Al-Haram Al-Sharif.

Negara turut menyeru komuniti antarabangsa meminta rejim haram Israel bertanggungjawab atas tindakan haram itu dan menuntut mereka menghentikan serta-merta sebarang provokasi demi kepentingan keamanan dan kestabilan.

Mengulas lanjut, Malaysia juga menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin dan perjuangan mereka untuk mencapai kebebasan daripada penjajahan rejim haram serta merealisasikan harapan mereka untuk sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Timur Baitulmuqaddis sebagai ibu negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: