Antarabangsa

Tahanan Palestin Protes Dalam Penjara Rejim Haram Aparteid Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RAMALLAH, 26 Ogos 2022 – Tahanan Palestin di penjara rejim haram aparteid Israel telah memulakan penentangan mereka terhadap pihak berkuasa penjara, lapor sebuah Organisasi Bukan Berasaskan Keuntungan (NPO) Palestin kelmarin.

Menerusi satu kenyataan, Persatuan Tahanan Palestin berkata semua tahanan telah meninggalkan sel mereka dan berkumpul di padang penjara membuat ‘sit-in’ sebagai tanda protes terhadap tuntutan hak mereka yang sering dinafikan.

Lapor portal media Timur Tengah, langkah itu merupakan sebahagian daripada perancangan mereka yang telah dilaksanakan sejak Isnin untuk membantah persefahaman dengan pihak berkuasa rejim zionis.

Mereka turut membantah langkah-langkah baharu terhadap tahanan Palestin yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup termasuk memindahkan mereka dari sel.

Sebelum ini, pada Isnin dan Rabu lalu, tahanan Palestin bertindak untuk tidak meninggalkan sel mereka ketika pemeriksaan keselamatan serta menolak makanan daripada pihak berkuasa penjara.

Menurut statistik pula, terdapat hampir 4,550 tahanan Palestin di penjara rejim aparteid Israel, termasuk 175 tahanan bawah umur dan 31 tahanan wanita. Tentera penjajah Israel juga telah menahan kira-kira 700 tahanan tanpa sebarang tuduhan atau perbicaraan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: