Antarabangsa

Guna Bunyi Bom Takutkan Kanak-Kanak, Tentera Rejim Haram Aparteid Roboh Sekolah Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

 

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RAMALLAH, 25 November 2022 – Tentera rejim haram aparteid Israel bertindak menggunakan bunyi bom untuk menakutkan kanak-kanak dan mengusir mereka dari sekolah sekali gus meroboh sebuah sekolah Palestin di Tebing Barat baru-baru ini.

Lapor berita antarabangsa, tentera Israel telah menyerbu kawasan itu pada pagi Rabu dan merobohkan sebuah sekolah rendah yang baru dibina di perkampungan Isfey al-Fauqa.

“Pasukan pendudukan Israel merobohkan sebuah sekolah semasa dalam sesi dan pelajar berada di dalam,” ujar Ketua Majlis Tempatan Masafer Yatta, Nidal Younis.

Menurut Majlis Pelarian Norway, mahkamah tinggi rejim Zionis itu telah membatalkan injuksi sementara yang membekukan perintah perobohan terhadap sekolah tersebut.

Dalam pada itu, Penyelaras Aktiviti Kerajaan Wilayah (COGAT) bersama tentera Israel yang bertanggungjawab bagi hal ehwal pentadbiran Tebing Barat berkata, pihaknya merobohkan bangunan yang dibina secara haram di kawasan yang ditetapkan sebagai zon tembakan tertutup.

Institusi pendidikan itu telah dibina sebulan lalu dan sudah beroperasi kira-kira selama dua minggu. Ia mempunyai 22 pelajar daripada empat perkampungan di Masafer Yatta.

Sekolah tersebut merupakan antara puluhan institusi yang dibina di bawah program Kementerian Pendidikan Pihak Berkuasa Palestin dengan pembiayaan Kesatuan Eropah (EU), ujar aktivis Masafer Yatta, Fadi al-Umour.

Kesemua sekolah berada di bawah projek yang terletak di kawasan C iaitu 60 peratus daripada Tebing Barat yang dikawal penuh oleh tentera rejim haram aparteid.

Mendengar berita itu, delegasi EU ke Palestin berkata bahawa ia ‘terkejut dengan berita’ perobohan itu. Kementerian Pendidikan Palestin turut mengecam tindakan melampau tentera rejim Zionis dan menyifatkannya sebagai ‘jenayah kejam’.

“Ia adalah tambahan kepada siri jenayah berterusan oleh pendudukan terhadap sektor pendidikan, dan sasarannya adalah kanak-kanak, pelajar, kader pendidikan dan institusi tanpa mengambil kira piagam dan undang-undang antarabangsa.”

Dalam kenyataan yang sama, mereka menegaskan bahawa ia adalah satu pencabulan terang-terangan terhadap hak pelajar untuk mendapatkan pendidikan yang selamat dan percuma.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: