Antarabangsa

Iran Persiap Dron ‘Kamikaze’ Untuk Langgar Israel

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IRAN, 17 September 2022 – Pihak ketenteraan Iran dipercayai sedang membina dron ‘kamikaze’ baharu yang dikatakan akan digunakan untuk menyerang bandar-bandar pelabuhan rejim haram aparteid Israel sekiranya konflik tercetus.

Menurut sebuah laporan antarabangsa, Brigedie Jeneral Kioumars Heydari, Panglima Tentera Darat Iran, telah menyatakan bahawa pihak tentera Iran telah menambahbaik sebuah dron yang dinamakan Arash-2, sebuah versi terbaru bagi jenis dron Iran Arash-1.

“Ia direka dengan terperinci…untuk menyasarkan Haifa dan Tel Aviv. Kami menunggu arahan untuk lancarkannya suatu hari nanti,” jelas beliau.

Menurut beliau, dron tersebut bakal dilengkapi dengan kelengkapan sensor dan panduan yang ditambahbaik supaya ia boleh mengumpul lebih banyak maklumat supaya serangan yang dilakukan lebih tepat.

Setakat ini, masih belum ada sebarang pendedahan tentang perincian tentang rupa sebenar dron Arash-2 tersebut, tetapi pakar menganggarkan ianya berkemungkinan mempunyai beberapa persamaan dengan dron asal Arash-1.

Iran dan rejim haram apartheid zionis telah terlibat dalam konflik antara satu sama lain semenjak 1985, di mana beberapa perang proksi pernah tercetus antara mereka, seperti ketika Perang Lubnan pada tahun 2006.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: