Antarabangsa

Tentera dan Peneroka Israel Ganggu Pelajar Sekolah Perempuan Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

TEBING BARAT, 28 September 2021 – Sekumpulan peneroka haram dan pasukan tentera Israel dilaporkan telah mengganggu para pelajar perempuan di Sekolah Perempuan al-Lubban al-Sharqiya di Tebing Barat, Palestin semalam.

Penduduk tempatan yang menyaksikan peristiwa itu berkata, beberapa peneroka Yahudi memulakan provokasi dengan meletakkan sebuah kereta betul-betul di pintu masuk sekolah, dan para tentera Israel kemudian datang lalu mengunci pintu pagar sekolah itu.

Perbuatan provokasi tidak beradab mereka itu telah mengurung para guru dan pelajar dalam kawasan sekolah menyebabkan mereka terhalang untuk keluar masuk sekolah.

Ini bukan kali pertama mahu pun kali terakhir mereka menerima gangguan daripada pihak pendatang haram Yahudi ini.

Disebabkan kedudukan sekolah mereka berada di jalan utama yang menghubungkan perkampungan haram Yahudi dan Jerusalem, para pelajar perempuan sekolah tersebut sering menerima gangguan dan serangan daripada kumpulan pihak tentera dan peneroka haram Yahudi.

Pada 11 tahun yang lalu, sebuah institusi kajian, Land Research Center (LRC) pernah mendedahkan perancangan pihak zionist Israel untuk menghalang pelajar sekolah tersebut untuk hadir menuntut ilmu memandangkan sekolah tersebut adalah simbol utama penduduk setempat kerana telah melahirkan ratusan tokoh yang terlibat aktif membina komuniti Palestin dan juga gerakan komuniti Islam di serata dunia.

Ramai pelajar perempuan di sana menderita kecacatan kekal selepas sengaja dirempuh oleh kenderaan, menderita serangan fizikal, dan juga ada yang ditembak oleh peneroka dan tentera Israel.

Mereka juga selalu memecah masuk untuk merosakkan malah tergamak membakar bangunan dan juga perabot sekolah.

Pada tahun 2009, sekumpulan Yahudi merempuh masuk ke dalam sekolah sebelum melepaskan tembakan rambang ke dalam kelas-kelas yang dipenuhi oleh pelajar. Mereka juga sempat merosakkan harta benda sekolah sebelum berundur.

Walau bagaimanapun, para pendidik dan pelajar sekolah tersebut tetap tabah untuk meneruskan pendidikan mereka di sana seperti biasa.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button