Antarabangsa

Tahanan Penjara Mati Akibat Lewat Terima Rawatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEL AVIV, 04 September 2022 – Moussa Abu Mahamid, tahanan Palestin di penjara rejim haram aparteid Israel disahkan syahid selepas pihak rejim haram menangguhkan rawatan perubatannya.

Menurut Pejabat Penerangan Banduan Palestin, Moussa yang berasal dari kampung Beit Ta’mar, Timur Baitulmuqaddis telah syahid di Pusat Perubatan Assaf Harofeh.

Beliau dikatakan telah dijangkiti kuman yang tidak dapat dikenal pasti ketika berada dalam penjara rejim haram aparteid Israel dan akibat daripada penangguhan dalam menerima rawatan, keadaan kesihatan Moussa kian merosot.

Terdahulu, pejabat penerangan berkata, pasukan pendudukan rejim haram aparteid Israel telah menangkap Moussa dengan alasan bahawa beliau telah memasuki Baitulmuqaddis tanpa permit.

Tambah mereka, sejurus selepas ditahan, keadaan kesihatannya semakin teruk dan beliau dipindahkan ke Pusat Perubatan Assaf Harofeh sehingga meninggal dunia.

Sehubungan itu, Persatuan Tahanan Palestin meletakkan sepenuhnya tanggungjawab kesyahidan Moussa Abu Mahamid ke atas rejim haram aparteid Israel kerana kecuaian mereka menyediakan rawatan.

Sejak awal tahun ini, rejim haram aparteid Israel semakin rancak menyasarkan rakyat Palestin dengan alasan memasuki wilayah Palestin tanpa permit. Mereka bukan hanya menangkap rakyat Palestin, bahkan juga menembak dengan niat untuk membunuh mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: