Antarabangsa

Dakwaan Hamas Bunuh 40 Bayi, Propaganda Israel – Wartawan Penyiasat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 13 Oktober 2023 – Seorang wartawan penyiasat, Sulayman Ahmad telah memuat naik sebuah hantaran di laman X mendedahkan tentang propaganda Israel yang mendakwa bahawa Hamas telah membunuh 40 orang bayi dan anak kecil.

Ujarnya, terdapat laporan yang disebar luas yang mendakwa bahawa Hamas telah melakukan tindakan kejam tersebut namun pada hakikatnya tiada sebarang bukti atau asas bagi tuduhan tersebut bahkan perkara sebenarnya telahpun didedahkan.

Menurut Sulayman, wartawan yang memulakan dakwaan ini kini telah mengakui bahawa beliau tidak melihat sebarang bukti namun hanya semata-mata berpandukan maklumat yang diperolehi daripada pihak tentera Israel.

Sulayman memetik kata-kata wartawan tersebut yang menyatakan, “Seorang tentera Israel telah memberitahu saya, percayalah mereka”.

Tambah Sulayman, pihak tentera Israel kemudiannya telah bertindak menarik balik kenyataan-kenyataan mereka itu. Namun media arus perdana yang digerakkan untuk sesuatu agenda telah bertindak melaporkan dakwaan yang tidak berasas tersebut dengan tujuan untuk memanipulasi masyarakat awam.

Ujar Sulayman lagi, bahkan salah seorang wartawan yang menyebarkan maklumat palsu itu telah bertindak memadamkan ciapannya setelah dituntut untuk menyatakan bukti dakwaan tersebut dan kemudiannya menyatakan bahawa ciapan yang telah dipadamkan itu “ditulis terlalu ringkas untuk menerangkan dengan tepat akan konteksnya”.

Perbuatan-perbuatan seperti ini, menurut Sulayman telah menimbulkan kebimbangan bahawa media arus perdana berpotensi untuk memberi pengaruh bagi memberi mudarat kepada sesebuah kumpulan dan seterusnya menarik balik atau memadam hantaran seperti itu.

Beliau selanjutnya mengemukakan pelbagai bukti menerusi siri ciapan dengan yang mendedahkan kempen propaganda Israel
bersama beberapa media yang bersama dengan pihak rejim tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: