Antarabangsa

“Jangan Hantar Saya Balik Gaza” – Mangsa Kekejaman Rejim Haram Aparteid Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ANKARA, 30 Ogos 2022 – “Jangan hantar saya balik. Saya nak tinggal dan teruskan seluruh hidup saya di sini, di Ankara’” merupakan ungkapan yang paling kerap diucapkan Rahaf Abu Suleiman, seorang gadis berusia 11 tahun yang merupakan mangsa kekejaman peluru berpandu rejim haram aparteid Israel.

Berikutan situasi kesihatan yang teruk di Semenanjung Gaza, kanak-kanak itu yang baru sahaja tiba di Ankara untuk meneruskan rawatan perubatannya merayu campur tangan pihak berkuasa Turkiye dalam hal ini.

Rahaf telah kehilangan tiga anggota badannya; kedua-dua kaki dan sebelah tangan akibat serangan peluru berpandu rejim haram Israel pada 6 Ogos lalu. Bukan itu sahaja, serpihan peluru itu turut merosakkan penglihatan Rahaf.

Kanak-kanak itu telah menjalani beberapa siri operasi perubatan selepas beberapa jam tiba di Ankara. Pegawai perubatan di Turki juga berkeras untuk menolong sebanyak mana yang mampu.

Lapor media Timur Tengah, kanak-kanak itu memandang Gaza sebagai sumber kengerian kerana pesawat rejim Israel tidak dapat membezakan antara kanak-kanak, orang tua, lelaki atau perempuan.

Setiap rakyat Palestin yang masih bernyawa juga terus menerus menjadi sasaran keganasan rejim itu. Menurut kajian rasmi Palestin, dalam tempoh antara 2009 hingga 2022, seramai seribu kanak-kanak Palestin menjadi mangsa korban keganasan rejim haram Israel.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: