Antarabangsa

Lepasan Undang-Undang AS Kritik Israel, Demokrat-Republikan Bersatu Kutuk Graduan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 01 Jun 2023 – Ucapan yang dibuat oleh Fatima Mohammed, graduan undang-undang City University of New York (CUNY) pada awal bulan ini telah mengundang pelbagai kutukan daripada wakil parti Republikan dan Demokrat.

Ucapan yang berdurasi 12 minit itu adalah berkenaan dengan pelbagai isu yang terkait dengan keadilan sosial namun turut juga mengandungi kritikan terhadap tindakan rejim haram aparteid Israel.

BACA JUGA: Ibu Maisarah Mahu Akidah Islam Anak Kekal Terjaga

BACA JUGA: Kerajaan Sasar Tutup 300 Tapak Pelupusan Sampah Haram

BACA JUGA: 20 Nelayan Vietnam Ditahan, Ceroboh Perairan Negara

Fatima dalam ucapannya menyatakan bahawa CUNY adalah merupakan salah satu institusi yang membuat kenyataan umum tentang mempertahankan hak para pelajarnya untuk menganjur serta bersuara terhadap tindakan penjajahan rejim haram aparteid Israel.

Dalam ucapan yang sama, beliau turut menyatakan bahawa Israel terus menerus menyerang mereka yang sedang beribadat dengan peluru dan bom, membunuh orang tua dan orang muda serta menyerang majlis pengebumian dan tanah-tanah perkuburan serta menggalakkan para perusuh untuk mensasarkan rumah kediaman dan perniagaan orang Palestin.

Ucapan Fatima itu telah dihentam oleh kedua-dua wakil parti AS itu, di mana ahli kongres Demokratik, Ritchie Torres menggelarkan Fatima sebagai “sudah gila”, manakala mantan calon Republikan, Lee Zeldin pula menyifatkan ucapan Fatima itu sebagai “menyemarakkan antisemitisme”.

Datuk Bandar Eric Adams juga turut menghentam ucapan Fatima dengan menyifatkannya sebagai “kata-kata yang negatif dan pemecah belah”. Bahkan CUNY sendiri turut bersama menghentam ucapan graduannya itu dengan menyifatkan ucapan Fatima sebagai “ekspresi awam bagi kebencian terhadap orang dan komuniti berdasarkan agama, bangsa serta kecenderungan politik mereka”.

Namun ramai di kalangan penyokong hak-hak orang Palestin menyebelahi Fatima dan menegaskan bahawa tiada sebarang unsur kebencian dalam ucapan beliau. Para penyokong tersebut juga menyatakan bahawa fitnah yang dilemparkan terhadap Fatima itu adalah seiring dengan pola tindakan menyerang secara terbuka para pengkritik Israel dalam usaha untuk menghalang lebih banyak kritikan terhadap polisi-polisi rejim haram aparteid Israel.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: