Antarabangsa

AS Lancar Latihan Ketenteraan Terbesar Bersama Rejim Zionis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

AMERIKA SYARIKAT, 03 Februari 2023 – Latihan ketenteraan bersama di antara Amerika Syarikat (AS) dan rejim haram aparteid Israel yang dijalankan pada minggu lalu telah menghantar isyarat yang kuat terhadap Iran bahawa kedua-dua negara sekutu tersebut bersedia untuk menghadapi sebarang aktiviti oleh Tehran atau sekutunya.

AS kini mencari cara untuk mengubah kaedah campur tangan mereka di dalam kawasan-kawasan yang menghadapi konflik ataupun di zon-zon perang.

Perkara ini telah ditonjolkan pada latihan yang telah dijalankan pada minggu lalu, di mana latihan tersebut telah disifatkan oleh Pentagon sebagai “latihan yang terbesar di dalam sejarah”.

Latihan tersebut melibatkan sekitar 6,400 tentera AS serta lebih dari 140 pesawat pejuang termasuklah B-52s, F35a, F15s,F16s, High Mobility Rocket Artillery Systems (HIMARS), Multiple Launch Rocket Systems (MLRS) dan beberapa buah pesawat pengebom jarak jauh.

AS kini tidak lagi berminat untuk meneruskan kaedah penghantaran ribuan tentera ke sesebuah negara atau medan perang seperti yang sebelum ini dilakukan oleh mereka. Kini mereka lebih cenderung untuk menggunakan strategi “dynamic force employment” (DFE).

DFE melalui huraian yang dilakukan oleh National Defence Strategy (NDS) pada 2018 menyatakan bahawa strategi tersebut dapat memberi peluang kepada AS untuk menghantar tentera dengan pantas ke satu-satu misi dalam tempoh yang terhad dan apabila misi tersebut selesai, tentera tersebut akan segera pulang.

Latihan yang dijalankan oleh AS dan Israel pada minggu lalu menunjukkan bahawa mereka sudahpun bersedia untuk menggunakan strategi DFE ini dan dikatakan bahawa strategi baharu ini mungkin akan mengambil masa beberapa bulan lagi sebelum ianya betul-betul dilancarkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: