Antarabangsa

Puak Yahudi Adakan Tarian Provokatif Masuk Masjid Al-Aqsa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 18 April 2022 – Puak Yahudi menari dan menyanyi sambil bertepuk tangan sewaktu memasuki Masjid Al-Aqsa pagi semalam.

Tentera Israel memasuki semula Masjid Al-Aqsa sewaktu umat Islam sedang berkumpul untuk menunaikan solat subuh.

Mereka masuk ke perkarangan masjid itu pada hari Ahad bagi memudahkan orang Yahudi melawat ke tapak suci tersebut yang juga merupakan hari untuk mereka lakukan lawatan.

Perkarangan Masjid al-Aqsa sebelum itu telah ditimbun batu dan dipasang sekatan oleh penduduk Palestin.

Menurut Palang Merah Palestin, sekurang-kurangnya 19 orang tercedera di mana tiga orang telah dipindahkan ke hospital setelah dipukul dan ditembak peluru getah.

BACA: Vaksin AstraZeneca Ada Babi: Malaysia Akan Kaji Bahan Dalam Vaksin

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Tahniah David Marshel, Waktu Untuk Tanggalkan Tudung Mereka

Malah, Palang Merah Palestin turut dihalang bagi memasuki perkarangan masjid terbabit, namun mereka berjaya membantu mangsa yang cedera berhampiran Bab Al-Asbat.

Ketegangan semakin memuncak apabila kumpulan Yahudi berhaluan kanan menawarkan wang tunai kepada puak itu yang pergi ke Masjid al-Aqsa.

Selain itu, mereka juga menimbulkan provokasi dengan mengorbankan seekor kambing yang merupakan satu upacara keagamaan Yahudi yang dilarang di dalam masjid tersebut.

Tindakan itu mendapat kutukan daripada pihak Kementerian Luar Palestin yang menganggap itu merupakan rancangan Israel bagi menakluki Masjid al-Aqsa.

“Kami berhak untuk masuk dan solat di dalamnya, dan kami tidak akan tunduk kepada penindasan dan keganasan (Israel),” ujar Ismail Haniyeh dalam satu kenyataan.

Jumaat lalu, lebih 300 rakyat Palestin telah ditahan di Masjid al-Aqsa dan ia merupakan tangkapan beramai-ramai terbesar dalam tempoh satu jam di satu lokasi dalam tempoh lebih 20 tahun.

Serangan tentera Israel ke masjid tersebut mengakibatkan sekurang-kurangnya 158 rakyat Palestin cedera.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: