Antarabangsa

China Tegur Rejim Zionis Berhenti Ceroboh Tanah Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BEIJING, 30 Mei 2023 – China telah membuat teguran terhadap rejim haram aparteid Israel supaya rejim tersebut berhenti daripada terus menceroboh wilayah warga Palestin dan sumber-sumber yang terdapat di wilayah tersebut.

Teguran tersebut dibuat China sewaktu Tel Aviv terus menerus membenarkan pembinaan penempatan haram orang Yahudi di wilayah yang diduduki.

BACA JUGA: Menang Pilihan Raya, Erdogan Ikrar, LGBT Akan Dihalang Menyelusup Masuk Kerajaan

BACA JUGA: Gagal Dapat Diskaun Kapal Terbang, MP Labuan Persoal “Adakah Labuan Bukan Malaysia Timur”?

BACA JUGA: Kulasegaran Dedah ‘Pegawai’ Sivakumar Terpalit Rasuah, Bermasalah & Pernah Dipecat 15 Tahun Lampau

Perkara tersebut telah dibuat oleh Timbalan Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang di mana beliau menyatakan bahawa sejak awal tahun ini, Israel tetap meneruskan tindakan unilateral bagi meluluskan pulangan, membina penempatan baru serta meluluskan siri penempatan.

Shuang juga dalam ucapan yang sama menekankan bahawa pembinaan penempatan serta aktiviti yang dilakukan oleh rejim haram aparteid Israel itu telah melanggar Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2334.

Justeru di dalam ucapannya beliau menzahirkan pendirian yang dipegang oleh Beijing iaitu untuk menggesa Israel untuk menghentikan tindakan-tindakan tersebut dan berhenti menceroboh tanah dan sumber penduduk Palestin.

Beliau juga turut menekankan bahawa status quo sejarah bagi tempat-tempat suci di Jerusalem hendaklah dihormati dan ditegakkan. Dalam ucapan tersebut, beliau juga membuat kenyataan bahawa Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir telah menyebabkan tekanan dengan menceroboh laman Masjid Al Aqsa sebanyak dua kali pada tahun ini.

Ben-Gvir juga sebelum ini pernah mendakwa bahawa tapak suci bagi umat Islam itu telah menjadi hak milik Israel.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: