Antarabangsa

Pendengaran Kes Genosid Israel Terhadap Warga Palestin Bermula

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

THE HAGUE, 12 Januari 2024 – Proses pendengaran terhadap kes yang difailkan oleh Afrika Selatan terhadap kekejaman Israel terhadap warga Gaza telah bermula pada Khamis lalu di The Hague, di mana ianya telah menyaksikan pihak pendakwa membuat pembentangan tentang bagaimana Israel telah membuat genosid di Gaza.

Dalam sesi tersebut, Afrika Selatan telah menggesa mahkamah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu untuk segera “melindungi daripada kemudaratan yang lebih teruk, berterusan dan tidak dapat diperbaiki terhadap hak-hak warga Palestin di bawah persidangan genosid yang dicabuli secara berterusan tanpa sebarang hukuman.”

Menerusi dokumen permohonan bertulis sebanyak 84 muka surat terhadap Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), Afrika Selatan turut menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan oleh Israel itu adalah bersifat genosid.

Menurut Afrika Selatan lagi, ianya adalah kerana Israel sengaja membuat kemusnahan pada bahagian penting dalam kumpulan warganegara, bangsa serta etnik Palestin.

Selain itu, Afrika Selatan juga menuntut pihak mahkamah agar segera melaksanakan tindakan sementara dan mengarahkan Israel untuk berhenti membunuh serta berhenti melakukan mudarat mental dan tubuh badan yang serius terhadap penduduk Gaza.

Pasukan perundangan bagi kedua-dua pihak, iaitu Afrika Selatan dan Israel akan mempunyai tempoh masa yang sama iaitu sekitar tiga jam untuk membuat hujahan masing-masing.

Pihak perundangan Israel akan membuat hujahan balas pada Jumaat ini manakala keputusan bagi kes ini pula akan diumumkan pada satu masa yang akan dimaklumkan kelak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: