Antarabangsa

Indonesia Persiap Lebih 1000 Tentera Untuk Misi Keamanan Gaza

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 08 Jun 2024 – Jakarta akan mempersiap seramai 1,212 anggota briged pengaman untuk ditempatkan di wilayah Gaza.

Komander Angkatan Pertahanan Indonesia, Jeneral Agus Subiyanto berkata, tentera itu akan dikerahkan setelah Indonesia menerima mandat daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ujarnya, Indonesia bersedia memberikan bantuan kemanusiaan dan pasukan pengaman untuk mengekalkan gencatan senjata di kawasan Gaza yang terkepung.

“Kami akan membentuk satu briged yang terdiri daripada Batalion Sokongan, Batalion Jurutera, Batalion Kesihatan dan Batalion Bekalan.”

Tambah beliau, pasukan pertahanan juga sedang menyediakan dua kapal hospital untuk misi keamanan merawat mangsa yang terjejas akibat pengeboman rejim Zionis.

“Kedua-dua kapal ini boleh menyediakan rawatan di atas kapal bersama-sama dengan unit kecemasan untuk pembedahan, bilik kecemasan dan penyediaan kemudahan X-ray juga,” jelasnya.

Terkini, rejim Zionis Israel telah membunuh hampir 40,000 rakyat Palestin sejak serangan 7 Oktober lalu. Ia telah mencetuskan bencana kemanusiaan dahsyat dan perbicaraan berterusan mengenai dakwaan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: