Antarabangsa

Israel Akan “Jaga Sekuriti Gaza Sepenuhnya” – Netanyahu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

YAFFA, 07 November 2023 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah mengeluarkan kenyataan bahawa rejim beliau akan mengambil “tanggungjawab penuh” terhadap keselamatan Gaza setelah tamatnya peperangan dengan Hamas.

Kenyataan tersebut dibuat pada Isnin lalu sewaktu beliau berada dalam sebuah sesi temu bual bersama ABC News yang disiarkan secara langsung.

Ujarnya, “Israel akan, sepanjang masa, akan mengambil tanggungjawab keselamatan sepenuhnya”.

“Apabila kami tidak mempunyai tanggungjawab keselamatan sedemikian, apa yang kami dapati adalah cetusan keganasan Hamas pada skala yang tidak dapat kami bayangkan”.

Pihak tentera rejim Israel tidak henti-henti menyerang Gaza menerusi serangan udara, darat dan laut sejak 7 Oktober lalu.

Kadar kematian di Gaza telah melebihi 10 ribu nyawa sebagaimana yang dinyatakan pada Isnin lalu oleh kementerian kesihatan yang dikendalikan oleh Hamas, dengan kadar kematian kanak-kanak melebihi 4,000 nyawa.

Namun kenyataan mengenai angka kematian itu telah dibantah oleh Netanyahu pada sesi temubual yang sama, di mana beliau menyatakan hanya “beberapa ribu” pejuang Palestin yang telah mati.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: