Antarabangsa

Pakar PBB Seru Semua Negara Iktiraf Negara Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 05 Jun 2024 – Sekumpulan pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru semua negara mengiktiraf Negara Palestin.

Menerusi satu kenyataan, mereka berkata, “Pengiktirafan ini merupakan pengiktirafan penting terhadap hak-hak rakyat Palestin dan perjuangan serta penderitaan mereka ke arah kebebasan dan kemerdekaan.”

Tegas kumpulan itu, Palestin mesti dapat menikmati penentuan nasib sendiri sepenuhnya, termasuk keupayaan untuk wujud, menentukan nasib mereka malah membangun secara bebas sebagai rakyat dengan selamat dan perlindungan.

“Ini merupakan prasyarat untuk keamanan yang berkekalan di Palestin dan seluruh Timur Tengah bermula dengan pengisytiharan segera gencatan senjata di Gaza dan tiada lagi pencerobohan tentera di Rafah.”

Merujuk kepada keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) baru-baru ini, pakar PBB berkata, “Negara mesti menahan diri daripada ancaman dan serangan terhadap ICC dan ICJ. Mahkamah ini mesti beroperasi tanpa campur tangan dan ancaman asing untuk menegakkan janji keadilan global dan akauntabiliti individu untuk semua mangsa konflik.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: