Tempatan

KL Bakal Saksikan Fenomena Hujan Meteor Lyrids 23 April Ini

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 April 2022 – Orang ramai dijangka menyaksikan fenomena angkasa yang dikenali sebagai Hujan Meteor Lyrids bermula 18 hingga 25 April 2022.

Waktu kemuncak bagi fenomena Hujan Meteor tersebut akan berlaku pada malam 22 April hingga 23 April 2022 dengan purata 18 meteor per jam.

Fenomena Hujan Meteor Lyrids ini adalah merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu pada kawasan buruj Lyra namun, kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah yang berlainan.

Walau bagaimanapun, penampakannya dijangka kurang baik berikutan daripada gangguan bulan fasa suku akhir semasa kemuncak Hujan Meteor Lyrids itu berlaku.

Fenomena ini berlaku setiap tahun apabila bumi bergerak mengelilingi matahari dan merentasi laluan orbit Komet C/1861 G1 atau lebih dikenali sebagai Komet Thatcher.

Bagi melengkapkan orbitnya, Komet Thatcher akan mengambil masa kira-kira 415 tahun. Semasa komet tersebut mengorbit dengan menghampiri matahari, terdapat debu-debu yang terbebas daripada komet tersebut. Ia adalah disebabkan oleh proses pemejalwapan yang membuatkan debu-debu tersebut berserakan serta membentuk laluan yang dipenuhi dengan sisa-sisa komet tersebut.

Akhirnya, sisa tinggalan tersebut akan memasuki ruangan atmosfera bumi lalu terbakar dan membentuk jalur bersinar yang panjang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: