Antarabangsa

Undang-undang Baru Benarkan Israel Tangkap Kanak-kanak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 23 Januari 2022 – Badan Perundangan Israel baru-baru ini telah meluluskan undang-undang baharu dengan membenarkan pihak berkuasa menangkap kanak-kanak Palestin yang berusia seawal 12 tahun.

Al-Jazeera melaporkan, pihak polis Israel yang mengguna pakai undang-undang tersebut demi kepentingan tertentu berulang kali membuat permohonan kepada mahkamah untuk melanjutkan tempoh tahanan kanak-kanak yang berumur 14 tahun dan mesti hadir ke mahkamah dalam tempoh 12 jam ditangkap.

“Kanak-kanak diseksa semasa ditahan dan kami melihat banyak gambar kanak-kanak dicekik. Mereka turut diancam dengan menakut-nakutkan mereka supaya tidak menyertai sebarang protes,”

Peguam Shahda Ibn Bari mewakili organisasi adalah bertindak sebagai peguam buat tahanan Palestin memaklumkan tentang keadaan kanak-kanak yang ditahan berada dalam situasi membimbangkan. Terdapat mangsa yang dijangkiti virus Covid-19 dan turut didera melalui penderaan psikologi dan fizikal. Ia dipercayai boleh membawa kesan psikologi teruk kepada kehidupan mangsa walaupun selepas dibebaskan.

HAK DITINDAS
“Anak saya merasakan dia sudah melakukan yang terbaik terhadap rakyat Palestin kerana tentera Israel menyerang kawasan kejiranan kami dan pernah menghadiri bantahan bersama-sama rakan sekolahnya tanpa melakukan sebarang tindakan ganas,”

Seorang bapa memaklumkan situasi yang terpaksa dihadapi oleh anaknya, Jenin 16 tahun.

Undang-undang baharu ini antara salah satu taktik pihak Israel yang ingin menakutkan kanak-kanak seperti Jenin daripada menyertai sebarang protes.

“Agensi perisikan mempunyai kuasa menghalang kanak-kanak bertemu peguam, menahan selama beberapa hari, membawa tahanan ke mahkamah tanpa bertemu peguam serta menghalang kanak-kanak daripada berkomunikasi dengan dunia luar.”

“Menangkap kanak-kanak Palestin adalah perang perpecahan terhadap mereka dan mahkamah Israel tidak pernah menerima rayuan kami,”

Peguam Shahda menjelaskan mengenai kesukaran beliau bagi membela kanak-kanak bawah umur atas sebab agensi perisikan sering campur tangan dan menolak tepi sebarang keputusan mahkamah untuk membebaskan seorang kanak-kanak atas alasan keselamatan negara serta kesalahan yang didakwa akan diklasifikasikan semula.

ISRAEL PARANOID
“Kami tidak tahu alasan sebenar mereka menahan anak saya. Tentera Israel menendang pintu rumah pada pukul 5.30 pagi. Anak saya hanya berusia 12 tahun dan tidak boleh pergi ke sekolah kerana dikenakan tahanan rumah.”

“Tentera Israel melarang Ammar pergi ke sekolah selama 10 hari. Saya menjadi terkejut dan menjerit ‘Apakah yang mampu dilakukan oleh kanak-kanak 12 tahun terhadap kamu?”

Keluarga mangsa meluahkan perasan risau sekiranya tentera Isreal memukul atau mendera Ammar yang menangis ketakutan semasa berada di dalam penjara.

Situasi berubah dan menambahkan lagi kegusaran buat ahli keluarga apabila melihat perubahan diri Ammar yang langsung tidak mengeluarkan sebarang patah perkataan selepas dibebaskan dari tahanan serta dihantar pulang.

Berikut antara situasi lain yang melibatkan kanak-kanak berusia 12 tahun ditangkap oleh 30 tentera Israel semasa memecah masuk rumah mangsa pada awal pagi.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: