Antarabangsa

Tuduh Bakar Rumah Yahudi, Polis Israel dan Penduduk Bertempur Ganas

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 16 Februari 2022 – Wakil pakatan Religious Zionism, Itamar Ben Gvir mengeluarkan kenyataan dengan menuduh pihak polis gagal bertindak terhadap dakwaan sebuah rumah seorang penduduk Yahudi dibakar di Sheikh Jarrah.

Hal ini berikutan dari pertembungan yang berlaku antara polis Israel dan penduduk Palestin yang mula bertempur di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah.

Ia berpunca selepas Itamar membuka pejabat Parlimen di kawasan tersebut dan pejabat itu disifatkan sebagai usaha dalam membantu penduduk Yahudi di sana.

Malangnya, beliau tetap bertegas dan mengatakan akan terus kekal di situ hingga pihak polis berjaya ‘menjaga keselamatan penduduk Yahudi’.

Namun yang demikian, rakyat Palestin dan sebuah kumpulan Yahudi Israel yang tidak bersetuju dengan Itamar berkumpul dan telah menuju ke Sheikh Jarrah sebagai tanda sokongan terhadap rakyat Palestin.

Terdahulu, penceroboh haram Yahudi, yang dilindungi polis Israel, terus mengganggu penduduk Palestin di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmuqaddis dalam usaha memaksa mereka meninggalkan rumah.

Penduduk Sheikh Jarrah, Saleh Ziab mengatakan bahawa setiap hari rakyat Palestin diserbu penceroboh haram Yahudi dilindungi oleh polis pendudukan Israel.

Leave a Reply

Back to top button