Tempatan

Tak Perlu Play Victim, Malaysia Tak Akan Bersimpati Dengan Zionis Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Oktober 2023 – “Israel tidak perlu play victim dalam perkara ini kerana tindakan mereka selama ini jauh lebih ganas dan tidak berperikemanusiaan.”

“Mana mungkin Malaysia akan memberikan simpati kepada pihak yang bertindak tanpa perikemanusiaan seperti rejim Israel,” ujar Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika dihubungi pihak Jabatan Negara AS yang menyatakan rasa kurang senang Washington terhadap beberapa kenyataan keras Malaysia terhadap zionis Israel.

Apabila disoal sama ada Malaysia akan menyatakan simpati terhadap nasib zionis Israel, Mohamed Nazri menegaskan simpati Malaysia hanya untuk Palestin.

Jelasnya,negara kuasa besar tidak pernah menyatakan simpati terhadap nasib kanak-kanak dan warga tua Palestin yang menderita puluhan tahun akibat tindakan tidak berperikemanusiaan Israel.

Memetik laporan, Jabatan Negara AS juga mempersoalkan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia kepada Hamas.

Tegas beliau, sokongan Malaysia terhadap Hamas tidak wajar dipertikaikan kerana parti tersebut adalah pilihan rakyat Gaza.

“Malaysia menghormati sokongan rakyat Palestin di Gaza yang telah memilih Hamas sebagai pemerintah mereka. Tidak ada sebab untuk Malaysia tidak bersama dengan rakyat Palestin dalam usaha mereka menuntut hak yang telah dirampas Israel,” katanya.

Beliau turut memberitahu Amerika Syarikat bahawa Malaysia akan sentiasa bersolidariti dengan rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

“Di Malaysia hanya mereka yang mengalami masalah mental sahaja akan menyokong apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: