Antarabangsa

Ganyang Palestin Ialah Komplot Genosid Israel & Negara Barat – PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Kuala Lumpur (13 Oktober 2023) – Pertubuhan-Pertubuhan PEMBELA Islam (PEMBELA), yang mewakili lebih 70 gabungan NGO Islam, hari ini, mengeluarkan kenyataan tegas mengutuk kekejaman rejim haram apartheid Israel di dalam konflik terbaru yang sedang berlangsung di Palestin.

Sidang media yang diketuai oleh Pengerusi PEMBELA, Lukman Sheriff Alias, bersama barisan kepimpinan NGO Islam, mengecam tindakan berat sebelah negara barat di dalam konflik kali ini.

“Kami, mengutuk sekeras-kerasnya sikap dan tindakan US, UK dan barat, mengeksploitasi keadaan semasa  bersama Israel untuk meneruskan pembersihan etnik (ethnic cleansing) dan jenayah perang (war crimes) di Palestin.

Sekatan elektrik, air dan makanan kepada orang awam dengan niat untuk menghukum secara kolektif (collective punishment) adalah satu jenayah perang (war crime)!

Bukan sahaja Israel patut bertanggungjawab tetapi US, UK dan EU yang mendokong usaha ini!”

Menerusi sidang yang sama, PEMBELA turut mengecam kenyataan berat sebelah Presiden E.U. Ursula Von Leyen baru-baru ini, yang langsung tidak mahu mengiktiraf pencabulan hak asasi manusia oleh Israel terhadap Palestin.

“Tindakan-Tindakan negara-negara barat ini jelas mendukung (condone) segala kegiatan pembersihan ethnik (ethnic cleansing) dan apartheid yang dilakukan Israel ke atas rakyat Palestin. Mereka jelas menganggap setiap insan Palestin sebagai bukan manusia yang boleh di perlakuan sesuka hati seolah-olah rakyat palestin tidak mempunyai apa-apa hak asasi sebagai manusia. Ini sungguh menjelekkan. PEMBELA mengutuk sekeras-kerasnya pendirian mereka.

PEMBELA menanggap tindakan pemimpin-pemimpin barat  ini sebagai bersekongkol untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai (genocide) mengikut Perkara II THE CONVENTION ON THE PREVENTION AND PUNISHMENT OF THE CRIME OF GENOCIDE (1948).

PEMBELA berasa amat cemas dan gusar rakyat palestin tidak kira kanak-kanak, wanita dan yang tua, di GAZA kini dikepung, disekat keperluan asas hidup air dan makanan dan disekat bantuan kemanusiaan dari luar hanya menunggu di bom dan dibunuh. Hukuman kolektif (Collective punishment) sebegini untuk seluruh penduduk Gaza yang termasuk kanak-kanak adalah sungguh menyalahi dan kejam.”

Dalam sidang yang sama, PEMBELA mengemukakan resolusi 18 tuntutan berkenaan isu ini yang perlu diambil cakna dan digerakkan oleh semua pihak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: