Antarabangsa

Ketua Turus Tentera Israel Hadiri Mesyuarat Keselamatan Bersama Pegawai-Pegawai Pertahanan Singapura

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AHAD, 20 Februari 2022 –  Ketua Turus Angkatan Pertahanan Israel (IDF), Aviv Kohavi, dilaporkan sedang berada di Singapura untuk menghadiri Pameran Udara Singapura yang telah bermula pada 15 Februari 2022. Demikian menurut laporan Times Of Israel pada 17 Februari 2022.

Selain dari menghadiri pameran udara tersebut, beliau dijadualkan untuk mengadakan mesyuarat keselamatan bersama pegawai-pegawai pertahanan Singapura sepanjang berada di pulau Republik tersebut.

Tugasnya di Israel akan dipikul oleh Timbalan Ketua Turus Angkatan Pertahanan Israel, Herzi Halevi sepanjang keberadaan di Singapura. Pertemuan kali ini merupakan kesinambungan kepada mesyuarat rahsia pertahanan yang telah dilangsungkan bersama kerajaan Singapura pada November 2022. Mesyuarat Rahsia lima hari tersebut tidak diberikan sebarang publisiti atas permintaan Kerajaan Singapura atas sebab keselamatan. Mesyuarat dihadiri oleh delegasi yang diketuai oleh Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz. Media-media di Israel mempertikaikan kerahsiaan maklumat lengkap tentang masa dan tempat pertemuan tersebut kerana bagi mereka, hubungan ketenteraan antara Singapura dan Israel bukanlah satu rahsia tertutup.

Singapura merupakan antara pelanggan alat perang buatan Israel yang terbesar. Kerjasama pertahanan antara kedua negara tersebut telah berlangsung sejak awal Singapura berdiri sebagai sebuah republik selepas berpisah dengan Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button