Antarabangsa

Dituduh Anti Semitisme, Wartawan New York Times Dipecat

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 09 Oktober 2022 – Akibat dituduh bersikap anti semitisme dan menunjukkan sokongan terhadap penentangan pendudukan negara haram aparteid Israel ke atas rakyat Palestin, seorang wartawan fotografi New York Times dipecat.

Menerusi ciapan laman Twitter, Hosam Salem, bekas wartawan fotografi syarikat akhbar terkenal itu telah menerima panggilan mengejut dari cawangan Amerika Syarikat (AS) memaklumkan bahawa mereka tidak akan lagi bekerja dengan beliau pada masa hadapan.

Difahamkan keputusan berkenaan dibuat berdasarkan laporan yang disediakan oleh seorang editor Belanda, yang memperoleh kewarganegaraan negara haram aparteid Israel dua tahun lalu, untuk sebuah laman web bernama Honest Reporting.

Honest Reporting merupakan penyokong tegar rejim haram aparteid Israel dan didakwa sering menjaja naratif palsu di media Barat mengenai pencabulan hak asasi manusia Israel.

Artikel laporan yang dihasilkan editor Belanda itu memetik beberapa tulisan di Facebook Hosam yang menunjukkan bahawa beliau menyatakan sokongan terhadap penentangan Palestin ke atas rejim haram aparteid Israel, ketahanan rakyat Palestin serta menekankan mengenai korban nyawa yang dibunuh tentera Zionis Israel termasuk sepupunya.

Sehubungan itu, editor Belanda juga menulis artikel mengenai kejayaan mereka memecat tiga wartawan Palestin yang bekerja untuk New York Times di Semenanjung Gaza atas dasar anti semitisme.

“Honest Reporting bukan sahaja berjaya menamatkan kontrak saya dengan New York Times, malah ia juga secara aktif tidak menggalakkan agensi berita antarabangsa lain daripada bekerjasama dengan saya dan dua lagi rakan sekerja,” ujarnya.

Hosam berpandangan, apa yang berlaku ini adalah usaha sistematik untuk memesongkan imej wartawan Palestin sebagai tidak boleh dipercayai dan tidak berintegriti, hanya kerana membuat liputan mengenai pencabulan hak asasi manusia yang dialami rakyat Palestin setiap hari di tangan tentera negara rejim haram aparteid Israel.

Hosam Salem telah berkhidmat dengan syarikat akhbar New York Times sejak 2018, meliputi peristiwa kritikal di Gaza seperti protes mingguan di sempadan Israel, siasatan ke atas pembunuhan rejim haram aparteid terhadap jururawat lapangan Rajan al-Najjar dan terbaru, serangan rejim haram aparteid Israel di jalur Gaza pada Mei 2021.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: