Antarabangsa

Perarakan Israel Cetus Peristiwa Berdarah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 30 Mei 2022 – Perarakan Flag March oleh nasionalis Israel yang dianggarkan kira-kira 70,000 penyertaan itu telah mencederakan sekurang-kurangnya 60 orang rakyat Palestin termasuk 23 yang memerlukan kemasukan ke hospital.

Keadaan mula menjadi tegang apabila perarakan memasuki Pintu Damsyik sambil menari dan melaung, membawa bendera dan memukul gendang menuju ke arah kawasan umat Islam.

“Mereka melaungkan ‘Hidup Bangsa Israel’,” lapor Yolande Knell dari BBC.

Ketika azan tengah hari berkumandang, orang ramai mula melaungkan “Matilah Orang Arab” sambil memukul-mukul penutup besi kedai dan restoran Palestin dengan kayu dan tiang bendera.

Ada juga yang bertindak mengoyak dan membakar bendera Palestin sambil menyanyi.

Nasionalis Israel turut bertindak kurang ajar apabila menyerang dan mengasari, serta menggunakan gas pemedih mata ke arah warga emas Palestin.

Perarakan provokatif tersebut mencetuskan beberapa pergelutan apabila kedua-dua pihak saling membaling botol kaca dan turut mendapat campur tangan dari pihak polis Israel yang menggunakan gas pemedih mata, peluru getah dan belantan.

Perdana Menteri Israel Naftali Bennett juga mengeluarkan kenyataan mengarahkan polis untuk menunjukkan ‘tiada toleransi’ terhadap tingkah laku rakyat Palestin.

Menurut seorang rakyat Palestin, perarakan pada tahun ini adalah yang paling buruk pernah berlaku.

“Ia sentiasa huru-hara di sini, tetapi hari ini lebih teruk. Tahun lepas tidak macam ni. Orang (Israel) takut untuk datang.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: