Tempatan

Editor Dedah Operasi Mossad Dipanggil Polis, Geramm Tuntut Kebebasan Akhbar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Oktober 2022 – “Geramm tegas dengan pendirian bahawa jaminan hak kebebasan akhbar (freedom of the press) perlu dipertahankan, terutama apabila melibatkan isu keselamatan negara dan kepentingan awam,” tegas Gerakan Media Merdeka (Geramm) dalam satu kenyataan media hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Pengarang Kumpulan NST Farrah Naz Karim dipanggil ke Bukit Aman hari ini susulan laporan berkaitan operasi ejen risikan Israel di negara ini semalam.

Kata kumpulan pro-kebebasan media itu, pihak polis perlu memaklumkan tujuan memanggil mana-mana wartawan atau pengamal media bagi membolehkan persiapan dibuat, termasuk menyediakan peguam jika perlu.

“Individu yang dipanggil berhak untuk mengatur pertemuan mengikut kesesuaian waktu dan lokasi mereka (at their convenience), terutama mengambil kira kesibukan wartawan dalam menghadapi PRU-15 akan datang.”

“Selain itu, diingatkan juga bahawa wartawan yang disoal berhak untuk melindungi identiti sumber sekiranya perlu; selain hak secara am untuk tidak menjawab sebarang soalan yang mungkin mendedahkan mereka kepada tindakan pendakwaan,” tegas Geramm seperti dalam kenyataan media yang dikeluarkan di Facebook.

Hari ini, polis memanggil Farrah Naz berhubung beberapa siri pendedahan mengenai operasi Mossad untuk menculik rakyat Palestin di Malaysia.

Walau bagaimanapun, sebab Pengarang tersebut dipanggil tidak didedahkan oleh pihak polis

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: