Tempatan

Lima Negeri Berisiko Berlaku Kebakaran Hutan – JBPM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA BHARU, 03 Mac 2024 – Lima negeri dikenal pasti berisiko berlaku kebakaran hutan semasa fenomena El Nino berikutan mempunyai kapasiti tanah gambut tinggi.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, kawasan yang dikenal pasti ialah Rompin, Pekan dan Kuantan di Pahang, Sipitang dan Beaufort di Sabah, hampir keseluruhan Selangor, Johor selain Sarawak.

Menurutnya, kawasan hutan tersebut yang dikenal pasti melibatkan tanah gambut yang dimajukan dengan keluasan 201,000 hektar.

“Sehubungan itu, JBPM sudah menjalankan koordinasi dengan Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar, dan Jabatan Mineral dan Geosains termasuk pihak ladang di bawah kawal selia pejabat daerah.”

“Langkah awal itu bagi memastikan pam, empangan dan paras air berada mengikut keperluan. Kawasan parit juga perlu berada paras iaitu 60 sentimeter.

Tambahnya lagi, semua anggota turut diarahkan supaya melakukan rondaan khususnya di kawasan tanah gambut sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak terperangkap kebakaran hutan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: