Antarabangsa

Zionis Israel Kemukakan RUU Larang Negara Buka Kedutaan Di Baitulmaqdis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

YAFFA, 09 Jun 2024 – Parlimen Zionis Israel telah meluluskan bacaan pertama rang undang-undang yang menghalang negara daripada membuka konsulat dan kedutaan untuk berkhidmat kepada rakyat Palestin di Baitulmaqdis Timur yang diduduki.

Sumber berkata, RUU itu tidak sesekali membenarkan mana-mana negara asing membuka atau mengendalikan konsulat atau kedutaan di Baitulmaqdis untuk berkhidmat kepada rakyat Palestin.

Menurut anggota Knesset Israel, Ze’ev Elkin, “Trend terkini pelbagai negara di dunia untuk mengiktiraf negara Palestin secara unilateral mungkin membawa kepada inisiatif baharu untuk membuka konsulat asing di Baitulmaqdis untuk penduduk Palestin, yang akan menyatakan pengiktirafan mereka bahawa Baitulmaqdis adalah ibu negara Palestin pada masa depan.”

Tambahnya, RUU itu bertujuan untuk menghalang perkara berkenaan berlaku sekali gus mengelakkan tekanan politik terhadap Kementerian Luar Negeri Israel dan negara haram Israel untuk meluluskan penubuhan konsulat tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: