Tempatan

Malaysia Sedia Kerjasama, Hantar Pasukan Pengaman Ke Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 Julai 2024 – Malaysia sedia bekerjasama dengan Indonesia, khususnya dalam aspek penugasan pasukan pengaman ke Palestin sekiranya diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, komitmen tersebut dinyatakan menerusi panggilan telefon dengan Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto semalam.

Ujar beliau, “Dalam perbualan kira-kira tiga minit itu, kami sempat bertukar pandangan mengenai isu semasa, khususnya peranan Prabowo dalam mewakili Indonesia ke persada antarabangsa akhir-akhir ini dan membawa visi, kolaborasi serta keamanan serantau dan sejagat.”

“Saya menyambut baik gagasan kerjasama dalam misi pengaman antarabangsa Malaysia-Indonesia, dan kolaborasi yang boleh diperluaskan ke peringkat serantau ASEAN.”

Dalam pada itu, di akhir perbualan, Anwar turut menzahirkan harapan agar pilihan raya Indonesia yang bakal berakhir dengan Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) pada 27 November 2024 nanti berjalan dengan baik dan dipermudahkan.

“Moga segala persediaan untuk pelantikan Prabowo sebagai Presiden pada 20 Oktober 2024 akan berjalan dengan lancar,” ucapnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: