Antarabangsa

Rejim Zionis Bakal Bina 1200 Penempatan Haram Di Jajahan al-Quds

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Al-QUDS, 05 Februari 2023 – Pegawai rejim haram aparteid Israel telah meluluskan pembinaan hampir 1,200 penempatan haram di kawasan jajahan al-Quds baru-baru ini.

Menurut laporan antarabangsa, walaupun aktiviti pembesaran penempatan haram di Tel Aviv ditentang terang-terangan oleh masyarakat antarabangsa, mereka masih meneruskan rancangan untuk membina penempatan tersebut.

Rejim haram Israel juga telah meningkatkan penempatan haram dengan sokongan bekas presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

BACA JUGA: Sejarah Melayu Di Malaysia Perlu Disemak Semula – Prof Ahmad Murad Merican

BACA JUGA: Besi Kedah Sangat Berkualiti, Patutlah Tersohor Di Seluruh Tamadun Purba

BACA JUGA: MBK Kuat Kuasa Larangan Menjaja Tengah Jalan, Denda Atau Penjara Menanti

Tindakan mereka itu tidak selari dengan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang menyatakan, penempatan di Tebing Barat dan Timur al-Quds adalah ‘satu pelanggaran nyata di bawah undang-undang antarabangsa’.

Sementara itu, rakyat Palestin mahu Tebing Barat menjadi sebahagian daripada negara merdeka pada masa hadapan dengan Timur al-Quds sebagai ibu kotanya.

Bagaimanapun, rekod terkini menunjukkan lebih 600,000 warga Israel tinggal di lebih 230 penempatan haram yang dibina di Tebing Barat dan Timur al-Quds sejak tahun 1967.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: