Tempatan

Isu Loh: Perundangan Islam Mudah Dicabar – Ustaz Abdullah Zaik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANGI, 29 Mac 2022 – “Bagi kita umat Islam sesuatu keadaan yang mencabar maruah dan memberi mesej yang sangat tidak baik kepada umat Islam kerana kita lihat banyak undang-undang Islam atau akta-akta peruntukan yang ada dicabar.”

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma yang merupakan Amir gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) beberapa hari lalu.

Beliau berkata sedemikian bagi mengulas isu yang tular di media sosial berkenaan status agama tiga orang anak mualaf.

Ibu kepada tiga orang kanak-kanak itu, Loh Siew Hong baru-baru ini membuat permohonan bagi membatalkan status pengislaman anak-anaknya yang telah ditukarkan dengan cara sepihak oleh bekas suaminya, Nagashwaran.

Menurut Ismaweb, pemohonan semakan kehakiman berkenaan telah difailkan Loh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ustaz Abdullah Zaik menegaskan, beliau melihat perkara ini sebagai sesuatu yang mencabar maruah umat Islam.

Pentaksiran kepada Perlembagaan undang-undang Islam yang sentiasa berubah-ubah dan tidak konsisten seolah-olah memperlihatkan Islam itu agama lemah, lapor Ismaweb dalam satu kenyataan media.

“Ini satu situasi yang sangat menyedihkan dari segi sejauh mana perundangan negara yang boleh membela kepentingan dan kedudukan agama Islam.

“Jadi yang ini pun kita tak boleh nak selesaikan, pentaksiran kepada Perlembagaan dan undang-undang itu sentiasa berubah dan tidak konsisten,’ ujar Ustaz Abdullah Zaik.

Beliau turut memaklumkan bahawa perkara ini sekaligus akan membawa kesan yang besar kepada keselamatan negara.

Bukan sahaja Perlembagan dan perundangan Islam dicabar, malah institusi Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan enakmen kerajaan negeri termasuk pentaksiran Perlembagaan terhadap hak penjagaan anak-anak akan diperlakukan dengan sama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: