MCCBCHST Desak Murtadkan Anak Mualaf
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PERLIS, 19 Februari 2022 – “Jabatan Agama Perlis harus membatalkan penukaran agama anak-anak itu secara sepihak tanpa memerlukan ibu tunggal untuk mendapatkan perintah mahkamah,” desak Majlis Perundingan Buddhisme, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST).
BACA: Ceroboh Tanah Organisasi Islam, Kuil Minta Pampasan – Wan Asshima Kamaruddin
BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak
BACA: Ayah Sendiri Minta Kami Pertahan Keislaman Anak-Anaknya – Mufti Perlis
MCCBCHST baru-baru ini mengulas dengan lebih lanjut mengenai isu hangat yang dibincangkan berkaitan dengan kes status agama anak-anak Loh Siew Hong yang didaftarkan sebagai orang Islam oleh Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPS) secara sepihak semasa ketiadaan ibu mereka. .
Majlis itu juga menentang janji yang dibuat Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin kepada dua gadis kembar itu bahawa beliau akan berusaha untuk memastikan mereka kekal Islam dengan mendakwa, ia sesuatu yang tidak boleh dipertahankan.
Selain itu, MCCBCHST mendakwa bahawa Mufti Perlis melakukan kesilapan apabila membenarkan anak-anak berkenaan menukar agama tanpa kebenaran ibu walaupun mereka dibawa oleh bapa mereka sendiri.
“Mufti sekali lagi menggunakan prinsip yang silap apabila dia berkata ‘tetapi jika anak itu sudah ‘mumayyiz’ mampu membezakan yang baik dan buruk, mereka boleh memilih untuk pergi kepada ibu mereka yang bukan Islam atau bapa mereka yang Islam,” ujar majlis tersebut.
Menjawab dakwaan majlis tersebut ke atas dirinya, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata,
“Satu orang mengucap dua kalimah syahadah, di sisi kita dia (sah) Islam, kita daftar kerana bapa dia kata bapa dia yang bagi, dan bapa dia yang kata mak dia tak tau pergi mana masa tu.”
Dilaporkan bahawa MCCBCHST mengarahkan pihak berkuasa agama Perlis untuk menyerahkan semula hak penjagaan kanak-kanak berkenaan kepada ibu mereka, Loh Siew Hong.