Tempatan

Tubuh Jawatankuasa Task Force Kawal Kenaikan Harga Barang – Dr Ibrahim

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 Mac 2022 – Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Dr Ibrahim Ali mencadangkan agar Jawatankuasa Task Force Negara ditubuhkan bagi mengawal harga barang.

Hal ini berikutan, peningkatan harga barangan asas dan keperluan dalam pasaran tempatan menimbulkan kegusaran rakyat Malaysia.

Penganalisis Ekonomi Putra Business School (PBS), Profesor Madya di Sekolah Perniagaan, Dr Ahmed Razman Abdul Latiff turut bersetuju dengan saranan untuk mewujudkan Jawatankuasa Task Force Negara.

“Bagaimanapun, jawatankuasa terbabit harus disusuli juga dengan kerjasama daripada agensi lain seperti Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan serta Majlis Tindakan Ekonomi Negara.”

“Hal ini kerana kita tidak mahu wujudnya pertindihan usul serta cadangan selain memastikan cadangan diberikan terbabit bersifat jangka masa pendek atau panjang,” katanya.

Tambah beliau, kenaikan harga barangan adalah berikutan faktor dalaman dan luaran.

Menurutnya, banyak subsidi terpaksa dibelanjakan dan peraturan baharu mungkin akan dikenakan sekiranya kerajaan ingin mengawal harga pelbagai barangan.

Bukan itu sahaja, Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Fakarudin Kamarudin turut mengatakan bahawa negara sedang berdepan dengan kadar inflasi.

“Bagaimanapun, peningkatan kadar buat masa ini hanya sederhana iaitu sekitar paras dua peratus berbanding tahun lalu.”

Berikutan itu, beliau mengingatkan agar rakyat tidak perlu cemas akan berlakunya hiperinflasi seperti yang berlaku pada tahun 2008 di mana kadar inflasi Malaysia mencatatkan bacaan tinggi iaitu 8.5 peratus.

“Peningkatan inflasi kini adalah lebih dipengaruhi oleh inflasi teras iaitu peningkatan harga makanan,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button