Tempatan

Gempa Turkiye-Syria: JAKIM, JAWI Laksana Kutipan Derma Setiap Jumaat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 09 Februari 2023 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan melaksanakan kutipan derma di beberapa buah masjid dan surau pada setiap hari Jumaat bagi membantu mangsa bencana gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Menerusi kenyataan media Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Hj. Mokhtar berkata, kutipan derma akan diadakan pada setiap hari Jumaat, selama tiga minggu berturut-turut mulai Jumaat, 10 Februari ini.

JAKIM akan melaksanakan kutipan derma di masjid-masjid bawah seliaannya iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Manakala JAWI pula akan melaksanakan kutipan derma di masjid/surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

BACA JUGA: Lepas Hina Nabi Muhammad SAW, Charlie Hebdo Terkini Perolok Bencana Gempa Turkiye

BACA JUGA: Bajet 2023: Galen Centre Cadang Mansuh Caj Hospital Kerajaan

BACA JUGA: Selsema Babi: Kerajaan Mesti Benarkan Babi Rentas Negeri

Ujarnya, setiap sumbangan umat Islam akan disalurkan kepada tabung rasmi yang diuruskan oleh Kerajaan Malaysia.

Sementara itu, Jabatan tersebut juga menyarankan pihak berkuasa agama Islam Negeri-Negeri untuk mengadakan kutipan derma dan sumbangan, menerusi masjid seluruh negara untuk disalurkan kepada program bantuan kemanusiaan di dua negara yang dilanda tragedi gempa bumi itu.

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut berharap semoga setiap sumbangan dapat meringankan beban sekali gus membantu urusan menyelamat mangsa bencana di Turkiye dan Syria.

Terbaru, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga menyeru rakyat Malaysia menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Kerajaan Turkiye dan Syria berikutan tragedi gempa bumi yang melanda kedua-dua negara berkenaan baru-baru ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: