Tempatan

MAIPs Gagal Mencelah Kes Loh Siew Hong

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 Jun 2022 – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan untuk menolak permohonan Majlis Agama Islam Perlis (MAIPS) untuk mencelah dalam kes perceraian Loh Siew Hong yang turut membincangkan isu hak penjagaan tiga anak Loh Siew Hong yang telah memeluk Islam dua tahun lalu.

Hakim YA Evrol Mariette Peters menyatakan bahawa MAIPs tidak dapat mencelah dalam kes tersebut kerana gagal meyakinkan mahkamah bahawa MAIPs telah mengambil kira pendapat bekas suami Loh Siew Hong, Muhammad Nagahswaran Muniandy, dalam usaha memohon arahan mahkamah terdahulu diubah.

Arahan tersebut adalah sebuah arahan yang meletakkan hak penjagaan tiga anak Loh Siew Hong dan Muhammad Nagahswaran di bawah jagaan Loh Siew Hong.

Mahkamah turut menyatakan bahawa MAIPs gagal membuktikan bahawa mereka merupakan pihak yang mempunyai kepentingan dalam kes tersebut.

Terdahulu, MAIPs telah memohon untuk mencelah dalam kes perceraian Loh Siew Hong, di mana MAIPs berhasrat untuk menyentuh tentang isu hak penjagaan tiga anak mualaf yang diserahkan kepada Loh Siew Hong.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: