Tempatan

Kes Loh: Jangan Tuduh Tak Bela Islam Kerana Berbeza Pendapat – Mujahid Rawa

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Februari 2022 – Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dalam sebuah penulisannya di Malaysiakini menyanggah pendapat bahawa individu tidak sependapat dengan NGO yang risaukan status agama anak Loh Siew Hong sebagai tidak membela Islam.

Mengulas lanjut tentang polemik yag tercetus, bekas Menteri Agama tersebut menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak berfakta dan ia hanyalah sebuah perbezaan pendapat.

“Untuk paksi pertama (kononnya pihak yang tidak bersama dengan sebahagian NGO terbabit dituduh tidak membela akidah Islam), ia adalah dakwaan yang tidak berfakta,” ujarnya.

“Kita tidak berhak menuduh orang lain tidak membela Islam hanya kerana berbeza pendapat dalam hal ini,” tambahnya lagi.

Beliau turut memetik pendapat Wan Ji Wan Hussin yang menyatakan bahawa pindaan Enakmen Pentadbiran Islam di Terengganu pada 2001 dan Selangor pada 2003 adalah sebuah ijtihad baru yang dapat menyelesaikan permasalahan ini.

“Wan Ji Wan Hussin dalam tulisannya di Malaysiakini (2019) berpendapat pindaan di kedua-dua negeri itu menunjukkan ijtihad baru dalam merungkaikan permasalahan ini dan dilembagakan dalam enakmen pentadbiran Islam,” ujarnya.

Terdahulu, sekumpulan NGO telah berhimpun di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menuntut supaya tiga orang anak kepada Puan Loh yang telah memeluk Islam tidak dikembalikan kepada agama asal mereka.

Perhimpunan NGO tersebut turut menyeru ahli-ahli politik dan tokoh-tokoh keagamaan untuk turut bersolidariti bagi memelihara agama tiga orang anak Puan Loh dari ditukarkan semula ke agama asal mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: