Tempatan

Tindakan P Ramasamy Satu Provokasi Berniat Jahat – YADIM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Februari 2022 – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyatakan kekesalan mereka atas tindakan dan kenyataan provokatif berterusan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Dr P Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II berhubung isu anak-anak Loh Siew Hong.

Baca: Polis Mesti Ambil Tindakan Terhadap Pihak Berkuasa Agama Perlis – P Ramasamy

Baca: Kembalikan Anak Loh Siew Hong…Polis Jangan Hina Mahkamah – Ramkarpal 

Baca: “Saya Sanggup Masuk Islam Untuk Dapatkan Anak Saya”

Menurut YADIM, Dr P Ramasamy dan beberapa pemimpin dari parti politik yang sama dengan beliau telah mengulas isu hak penjagaan anak-anak tersebut dengan begitu provokatif antaranya dengan menimbulkan isu pengislaman secara unilateral.

“Kes yang pada asalnya berkaitan dengan hak penjagaan anak-anak Puan Loh, telah diulas dengan nada yang begitu provokatif oleh Ramasamy dan rakan-rakan beliau dengan menimbulkan isu pengislaman secara unilateral, penguatkuasaan berpihak oleh pihak berkuasa dan sangkaan buruk kepada NGO Islam yang telah menawarkan perlindungan kepada anak-anak yang menjadi mangsa perceraian ibu bapa mereka yang bukan Islam semasa itu,” kata YADIM dalam satu kenyataan media di Facebook.

Ujar YADIM, dalam masa Dr P Ramasamy menuntut agar undang-undang dihormati, tuntutan itu juga terpakai kepada beliau dan rakan-rakannya.

“Kenyataan yang menggunakan istilah “penculikan”, “manipulasi”, “paksaan”, “ancaman” dan sebagainya tanpa dibuktikan secara terang-terangan bukanlah satu tindakan yang menghormati undang-undang bahkan ia adalah tindakan provokasi yang berniat sangat jahat.”

Tambah YADIM lagi, Ahli Parlimen DAP itu sepatutnya menyemak kembali mengapakah pihaknya tidak memberi pembelaan kepada keluarga tersebut dari awal lagi ketika suami dan anak-anak Loh belum beragama Islam.

“Tidakkah lebih baik Ramasamy menyemak kembali mengapakah pihaknya tidak memberi pembelaan kepada keluarga ini semasa mereka bermasalah sebelum ini dan ketika suami dan anak-anak tersebut belum beragama Islam?”

Mengakhiri kenyataan, YADIM menegaskan bahawa Islam sama sekali tidak mengizinkan paksaan untuk memeluk Islam, namun Islam juga tidak mengizinkan penghinaan diberikan kepada umatnya.

“Tambahan lagi dari individu yang dilihat konsisten dalam menimbulkan sentimen buruk terhadap Islam dan umatnya.”

Dalam perkembangan terbaru, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memaklumkan bahawa Loh Siew Hong telah melawat tiga anaknya yang ditempatkan di institusi kebajikan di bawah JKM di Perlis, pada Rabu.

KPWKM juga menafikan dakwaan bahawa anak-anak wanita itu telah dipindahkan ke institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang lain.

Anak Loh Siew Hong ditempatkan di institusi kebajikan JKM atas permohonan wanita itu sendiri setelah mendapat perintah mahkamah, kata kementerian itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: