Tempatan

JAKIM Jalin Kerjasama Dengan KDN, PDRM, SKMM Pantau Media Dan Komunikasi Tangani Gerakan LGBT- Dr Izwan Yusof

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Jun 2022 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) biasanya akan bekerjasama rapat dengan pihak berwajib seperti Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menentukan tindakan yang sewajarnya bagi menangani gerakan LGBT di negara ini melalui media dan komunikasi,” ujar Dr Izwan Yusof.

Menurut Dr Izwan yang merupakan pakar dalam menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di JAKIM, media dan hiburan sememangnya mempunyai pengaruh yang besar kepada masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan apakah solusi JAKIM dalam usaha pembanterasan LGBT mengenai peranan negatif media dan hiburan dalam menormalisasikan LGBT.

Dr Izwan menegaskan, dalam isu LGBT, apa sahaja yang dipaparkan di dalam media dan hiburan sedikit sebanyak akan memberikan kesan yang tidak baik kepada masyarakat.

Misalnya, watak lelaki berpakaian perempuan dan babak perhubungan sesama jenis, misalnya pasangan suami dan isteri digambarkan sebagai pasangan daripada jantina yang sama.

Inilah, antara solusi dalam usaha pembanterasan gejala ini yang dilakukan JAKIM selain kerjasama rapat dengan pihak berwajib seperti SKMM dan PDRM dalam menentukan tindakan yang sewajarnya agar dapat dikawal dan disekat sebarang bentuk promosi LGBT ini dari terus berleluasa di dalam negara ini,” ujar beliau.

Tambah Dr Izwan lagi, pandangan kami di pihak JAKIM, medium hiburan seperti YouTube dan platform media sosial seperti Facebook dan Twitter yang dikendalikan oleh penyedia platform yang berpusat di luar negara secara tidak langsung telah menjadi saluran untuk golongan pro LGBT mempromosi aktiviti dan perjuangan mereka.

Justeru, usaha advokasi dan penerangan kepada masyarakat berkenaan isu LGBT dan prinsip Islam perlu terus diperbanyakkan dari semasa ke semasa.

Maka, sudah tentu usaha JAKIM dan kerajaan menolak gaya hidup LGBT di dalam negara akan dipergiatkan agar pihak yang terlibat memahami misalnya bagaimana untuk menapis video yang tidak wajar ditonton khusus berkenaan normalisasi LGBT.

Selain itu, pihak berwajib seperti Lembaga Penapisan Filem (LPF) juga pastinya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana filem yang mengandungi unsur normalisasi LGBT.

Ketika ditanya adakah jalan berdakwah masih berkesan untuk tangani gejala LGBT ini? Di mana kebanyakan dari mereka mempersendakan nasihat dan usaha dakwah, tidak kurang juga yang menentang secara keras usaha dakwah.

Menjawab persoalan itu, beliau yang juga Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, JAKIM, menegaskan bahawa walau apa pun halangannya usaha dakwah masih relevan dan perlu diteruskan.

“Ini kerana ada dalam kalangan komuniti LGBT dalam negara yang ingin mendapatkan bimbingan agama dalam usaha menjalani kehidupan yang selari dengan tuntutan syariat,” jelas beliau.

Jadi, antara solusi yang efektif untuk menangani gejala LGBT ialah sudah tentu ia memerlukan tanggungjawab bersama selain perlu bermula daripada keluarga, masyarakat dan juga pihak berkuasa.

Dalam pada itu, beliau menegaskan perkara ini penting bagi memastikan keharmonian dan prinsip Rukunegara, undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan serta Islam sebagai agama Persekutuan didukung oleh rakyat di dalam negara kita sepenuhnya.

Namun, beliau tidak menafikan ada beberapa kekangan yang dihadapi Kerajaan dan badan penguatkuasa untuk tangani isu LGBT secara efektif.

Walau bagaimanapun, Dr Izwan berkata, buat masa ini, suatu jawatankuasa khas berkenaan isu LGBT telah ditubuhkan pihak JAKIM dan melibatkan antara agensi seperti SKMM, PDRM dan KDN (Kementerian Dalam Negeri).

“Kita yakin dengan kerjasama ini, isu LGBT mampu ditangani dengan lebih efektif,” katanya kepada samudera.my mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: