Antarabangsa

Selepas Ceroboh Tanah Palestin, Kini Tentera Rejim Curi Artifak Purba

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

SEBASTIA, 31 Januari 2023 – Pasukan pendudukan rejim haram aparteid Israel mula mencuri artifak dari tanah Palestin selepas penduduk negara itu menemui pengebumian purba di bandar Sebastia, barat laut Nablus baru-baru ini.

Datuk bandar Sebastia, Mohammad Azem berkata, penemuan dibuat oleh pekerja binaan Palestin yang sedang membina jalan baru di kawasan itu, manakala kakitangan Palestin dari Kementerian Pelancongan pula memulakan penggalian arkeologi.

Bagaimanapun, kurang satu jam selepas menggali tapak tersebut, pihak berkuasa pendudukan haram menghantar tentera, diiringi pihak berkuasa antikuiti Israel untuk mengambil alih kawasan berkenaan.

Kakitangan warga Palestin yang berada di tapak arkeologi ditahan dan disoal siasat selama berjam-jam.

BACA JUGA: 2 Negeri Belum Capai Prevalen Antibodi Penyakit Kaki Gajah – KP Kesihatan

BACA JUGA: Sambutan Hari Peradaban Melayu, Mengembalikan Jati Diri Bangsa

BACA JUGA: Menteri Luar Finland Dakwa Rusia Di Sebalik Insiden Bakar Al-Quran

Tambah Azem, sebaik sahaja pihak rejim haram tiba di tapak perkuburan purba, mereka terus mengusik tapak arkeologi berkenaan dan menghalau semua kakitangan dan pihak berkuasa Palestin untuk beredar.

Mengulas lanjut, menurut Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Sebastia telah dikenal pasti sebagai ibu kota kerajaan utara semasa Zaman Besi II di Palestin dan pusat bandar utama semasa zaman Helenistik dan Rom.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: