Tempatan

Kerajaan Pahang Pertimbang Wartakan Kawasan Sungai Yu Sebagai Hutan Simpanan Kekal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LIPIS, 30 Mac 2022 – Kerajaan Pahang sedang mempertimbangkan untuk mewartakan kawasan Sungai Yu di Kuala Lipis, Pahang sebagai kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK), menurut YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau memaklumkan perkara tersebut pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 di Sungai Yu, yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tambah Dato’ Sri Haji Wan Rosdy, inisiatif mewartakan kawasan Sungai Yu seluas 863.85 hektar itu adalah sebagai menyokong projek Central Forest Spine (CFS) bagi pemuliharaan flora dan fauna.

Selain itu, menurut beliau Kerajaan Pahang turut mewartakan kawasan seluas 7 hektar di Kampung Raja di Cameron Highlands sebagai Hutan Simpanan Sungai Ikan dan sedang berusaha mewartakan empat lagi kawasan di Mukim Ulu Telom seluas 337.625 hektar sebagai Hutan Simpanan Kekal.

“Ini menjadikan tambahan lebih 344 hektar kawasan di Cameron Highlands diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal.”

Sebelum ini, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin, Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang (JPNP) mengumumkan bahawa tanah milik kerajaan seluas 38.68 hektar yang terletak di Kampung Kolong Pahat, Sungai Lembing, Mukim Hulu Kuantan diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal.

Tanah yang terletak di kedudukan berbukit itu diwartakan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang sebagai Hutan Simpanan Sungai Lembing.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: