Tempatan

Dana Sumbangan Sentuhan Kasih MAIWP Untuk Bantu Mangsa Banjir – MUIP

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 20 Januari 2022 – Selaku Yang DiPertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima sumbangan Bantuan Sentuhan Kasih MAIWP bernilai RM2 juta daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Kebawah Duli Tuanku berkenan menerima sumbangan tersebut dalam satu acara ringkas yang dijalankan di Istana Abdulaziz, Kuantan, semalam.

Sumbangan Sentuhan Kasih ini merupakan salah satu inisiatif yang dilancarkan oleh MAIWP bagi membantu mangsa banjir yang terkesan akibat bencana tersebut dengan membina semula rumah baru buat mereka.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Ahmad Marzuk Shaary dan disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Hadir bersama Pengerusi MAIWP Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MUIP YH Dato’ Ahmad Hairi Hussain dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP Dr. Asmadi Abdul Rahman.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: