Tempatan

Cukup Berpolitik, Masa Untuk Bekerja – Pemangku Raja Pahang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 29 November 2022 – “Kini bukan lagi masa untuk berpolitik, cukup-cukuplah. Pilihan raya telah tamat, Kerajaan negeri telah dibentuk. Sekarang masa untuk bekerja.”

Titah KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Majlis Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang bertempat di Balairung Seri, Istana Abu Bakar semalam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by House of Pahang (@houseofpahang)

Tegas Kebawah Duli Tuanku kepada kerajaan yang baru dibentuk agar mengetepikan ideologi dan sentimen politik malah, letakkan agenda pembangunan negeri dan kebajikan rakyat sebagai keutamaan.

“Jangan kerana ideologi dan kepentingan politik kita gadaikan pembangunan dan kemajuan yang telah mula kita rasa.”

Dalam proses mencapai negeri maju, rakyat tidak mahu lagi melihat tuan-tuan dan puan-puan terus berpolitik mencari salah sana dan sini.”

Menurut titah Kebawah Duli Tuanku, rakyat sebaliknya mahu wakil rakyat yang duduk di kerusi kerajaan untuk membawa perubahan dan membawa Pahang terus maju ke hadapan.

Semua wakil rakyat juga diingatkan oleh Kebawah Duli Tuanku agar berpegang kembali dan menghayati teguh 5 prinsip Rukunegara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: